My Add

Friday 1 March 2013

\ROS akui dokumen CEC tidak lengkap

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Februari, 2013: DAP gagal mengemukakan dokumen lengkap seperti yang tertakluk di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966 bagi membolehkan siasatan sepenuhnya dijalankan berikutan laporan salah laku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada 15 Disember lalu.

Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman berkata, dalam dokumen yang diserahkan DAP pada 8 Februari lalu, parti itu tidak menjelaskan hasil daripada kerja-kerja pemilihan termasuk insiden kesilapan pengiraan undi.

“DAP hanya serahkan Penyata Tahunan dan keputusan pemilihan CEC. Tetapi apa yang kita mahu iaitu maklumat hasil pemilihan, bagaimana prosesnya, bagaimana kesilapan berlaku dan di mana tempat pemilihan. Itu semua tiada.

“Sebelum ini, kita telah memaklumkan mengenai senarai dokumen yang diperlukan mengikut syarat di bawah Akta Pertubuhan. Selagi tidak lengkap bermakna siasatan juga tidak dapat dijalankan sepenuhnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa beliau difahamkan DAP tidak menyerahkan dokumen yang lengkap seperti yang dituntut oleh pertubuhan sebaliknya hanya mengemukakan beberapa helaian dokumen dan tindakan itu dilihat sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment