My Add

Wednesday 27 March 2013

Tiada calon lebih sesuai daripada Najib tadbir Malaysia: Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR, RABU, 27 Mac, 2013: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional (BN) selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku...," kata bekas Perdana Menteri ketika ditanya sama ada Najib perlu berundur sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"...tetapi saya tidak ada calon atau apa-apa perkara seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kekuatan dalam Inovasi: Bagaimana Untuk Kekal Kompetitif dalam Dunia yang Pesat Membangun' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Mahathir juga bersetuju dengan pandangan bekas Menteri Kewangan dan Penasihat Ekonomi, Tun Daim Zainuddin supaya Najib mengetengahkan muka baharu dalam pilihan raya kali ini.

Menjawab soalan, bila beliau menjangka Parlimen akan dibubarkan, Dr. Mahathir berkata, beliau sendiri ternanti-nanti pengumuman pembubaran itu.

"Kalau saya jadi Perdana Menteri saya dah bubarkan dah tahun lepas," katanya dalam nada bergurau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment