My Add

Saturday 2 March 2013

Tragedi Kampung Tanduo: Kerajaan, rakyat Sabah ucap takziah

KOTA KINABALU, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Kerajaan dan seluruh penduduk Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu dekat sini hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya bersedih, bersimpati dan amat menghargai jasa serta pengorbanan anggota keselamatan negara yang dengan sepenuh hati mempertahankan kedaulatan negara.

"Suka saya menyatakan bahawa pihak berkuasa keselamatan sedang menangani krisis ini. Mereka mampu dan berupaya untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Saya menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan tidak sesekali mempercayai khabar angin dan sumber berita yang tidak sahih yang disebarkan menerusi media sosial berkaitan insiden ini," katanya.

Tegas Musa, penyebaran sebarang maklumat tidak tepat bukannya membantu mengawal keadaan tetapi akan memburukkan lagi situasi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment