My Add

Friday 1 March 2013

Dua anggota keselamatan terkorban, 12 penceroboh maut

LAHAD DATU, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Tiga anggota keselamatan negara maut, dua cedera parah manakala 12 anggota penceroboh yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu terbunuh dalam pertempuran kira-kira pukul 10 pagi di Kampung Tanduo di sini hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pasukan penceroboh itu yang terlebih dahulu memulakan tembakan setelah terserempak dengan pasukan keselamatan negara yang memasuki kawasan itu bagi memperketatkan kepungan.

Tegas beliau, apabila penceroboh melepaskan tembakan, pasukan keselamatan negara terpaksa membalas baik untuk mempertahankan diri.

"Pertempuran itu mengambil masa kira-kira antara 20 dan 30 minit itu menyebabkan tiga daripada anggota keselamatan negara meninggal dunia.

"Kita berjaya mengeluarkan kesemua anggota kita yang terkena tembakan sementara 12 ahli kumpulan penceroboh itu masih berada di kawasan kampung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Hamza, dalam pertempuran itu, pasukan keselamatan telah merampas pelbagai senjata dan barangan milik kumpulan terbabit, antaranya masing-masing dua laras M16, dua laras rifle semi-auto, dua pucuk pistol, peluru pelancar roket, megazzin peluru dan beg pakaian.

Tegas beliau, pertempuran yang berlaku itu bukan bermakna operasi telah berakhir, namun pihaknya telah mempersiapkan pasukan sehingga kumpulan itu berundur atau menyerah kalah.

"Keadaan masih terkawal, kepungan masih diteruskan. Kita yakin kumpulan itu dalam keadaan genting kerana kita telah menguasai kawasan-kawasan utama sementara kumpulan itu hanya berada dalam kedudukan kecil.

"Kita tidak mempunyai pilihan lain kerana kita telah memberi peluang kepada mereka untuk menyerah diri, tetapi mereka tetap berkeras," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment