My Add

Saturday 2 March 2013

UMNO 'menate', DAP kawan?

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
KOTA BHARU, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Antara dua darjat. Begitulah yang dapat disimpulkan daripada sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap UMNO sebagai 'menate' (binatang) tetapi DAP pula dianggap kawan parti Islam itu.

Nik Abdul Aziz mendakwa, tidak salah untuk Pas berkawan dengan DAP kerana mereka mahu memberi nasihat tetapi dalam masa sama, beliau tidak peduli sama ada parti itu menerima pandangan Pas atau tidak.

"Kita berkawan dengan orang jahat boleh, tetapi kawan untuk nasihat, UMNO marah kepada Pas berkawan dengan DAP, (UMNO) kata DAP jahat, tetapi kenapa DAP jahat? Kamu (UMNO) jahat juga.

"Apabila DAP berkawan dengan Pas, insya-Allah Pas akan bagi tahu tentang Islam, syurga begini, neraka begini, dia nak dengar atau tidak mahu dengar peduli apa, yang penting tujuan kita berkawan untuk baiki dia (DAP),'' katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment