My Add

Saturday 2 March 2013

179 peneroka tanah cabar Kerajaan PKR Selangor

 *KAMARUDIN Ahmad (belakang, tengah kanan) bersama sebahagian peneroka tanah Seri Aman selepas memohon kebenaran semakan kehakiman ke atas keputusan Kerajaan PKR Selangor di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Sebanyak 179 peneroka tanah hari ini mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang membatalkan kelulusan tapak kediaman mereka di Kampung Seri Aman, Batang Berjuntai, Kuala Selangor dekat sini.

Peneroka terbabit mendakwa, kelulusan pemberian sebanyak 238 lot tanah oleh Barisan Nasional (BN) ketika memerintah negeri Selangor telah dibatalkan oleh kerajaan negeri PKR yang turut bertindak mengadakan cabutan undi dalam kalangan pemohon baharu.

Permohonan tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment