My Add

Saturday 16 March 2013

Usaha pembangkang akan didedah
  
 *MUHYIDDIN Yassin melayan gelagat murid-murid yang ingin bergambar
dengan beliau di hadapan bas sekolah baru pada Majlis Penyerahan Bas
 Sekolah dan Sambutan Ulang Tahun Ke-111 Sekolah Tinggi Muar, Johor,
 semalam.

Oleh HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA, 15 Mac, 2013; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, maklumat berhubung rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya dengan mencetuskan keadaan porak-peranda akan didedahkannya apabila tiba masanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas bila dan kepada pihak mana maklumat itu akan disalurkan.

''Nantilah sampai masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan penerima Anugerah Sastera Negara ke-12, Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain, di sini hari ini.

Kelmarin ketika berucap di Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Muhyiddin mendedahkan bahawa pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian dan kemudian menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam.

Beliau berkata, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

''Pendedahan itu bukan dakwaan semata-mata. Saya sendiri telah melihat beberapa dokumen daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Anwar dan parti pembangkang mempunyai niat tidak baik untuk mencetuskan kekacauan pada hari pengundian kelak," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai tindakan segelintir pihak menayang filem Tanda Putera kepada kumpulan tertentu, Muhyiddin berkata, perkara itu mungkin diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab.

''Filem itu tidak dibenarkan (tayangan) secara terbuka atau kepada umum kerana saya pun menyaksikan bagaimana hasilnya dan apakah kesannya.

''Tetapi kita memutuskan buat masa ini tidak sesuai untuk ditayangkan di pawagam," katanya.

Bulan lepas Felda dilaporkan menayangkan filem berkenaan kepada kira-kira 3,000 peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Difahamkan pada 9 Mac lalu, filem berkenaan ditayangkan pula di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) anjuran Kelab Wawasan UIA dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar kampus tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment