My Add

Thursday 4 July 2013

1 maut, 15 cedera bangunan dua tingkat runtuh di Mumbai

MUMBAI, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Seorang terbunuh manakala 15 lagi cedera apabila bangunan dua tingkat runtuh di daerah Thane berdekatan Mumbai, awal pagi tadi.

Menurut polis tempatan, bangunan itu menempatkan sebuah kilang pakaian dan kemalangan berlaku kira-kira jam 1 pagi (waktu tempatan).

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi dan dilaporkan, masih ramai pekerja terperangkap di bawah runtuhan.

Penduduk tempatan berkata, struktur binaan yang menyalahi undang-undang mungkin menjadi punca runtuhan. - AGENSI

No comments:

Post a Comment