My Add

Thursday 4 July 2013

MITI ulang komitmen perjanjian perkongsian Trans-Pasifik

 KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini mengulangi komitmennya dalam melindungi bersungguh-sungguh kepentingan ekonomi dan dagangan Malaysia dalam semua perjanjian antarabangsa, termasuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Kementerian itu mengeluarkan satu kenyataan sebagai memberi reaksi terhadap maklumat tidak tepat yang diedarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab berkaitan TPPA, terutamanya tuduhan mengenai satu kajian oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), yang dikatakan mengandungi cadangan kepada Malaysia agar tidak memeterai TPPA.

"MITI ingin menyatakan bahawa tuduhan-tuduhan ini semuanya tidak benar. MITI juga mahu menegaskan bahawa tuduhan ini memberi gambaran yang salah tentang pendirian kerajaan Malaysia berkaitan agenda perdagangan kita.

"Kajian oleh UNDP itu menyenaraikan kelebihan dan cabaran utama bagi Malaysia berkaitan dengan TPPA," kata kementerian itu.

MITI berkata, antara lainnya, kajian itu juga mengandungi cadangan berkaitan kedudukan rundingan Malaysia dalam semua bahagian yang sedang dirundingkan dalam TPPA, maka sebab itulah mengapa kementerian tidak boleh mengeluarkan lagi dokumen ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment