My Add

Thursday 4 July 2013

Nizar menang saman fitnah terhadap Utusan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang dalam kes fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan plat WWW1 yang dibeli oleh Sultan Johor.

Utusan diperintahkan supaya membayar RM250,000 kepada Nizar sebagai gantirugi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Rosnaini Saub memerintahkan Utusan supaya membayar lima peratus dalam bentuk faedah daripada bayaran penuh bermula hari ini.

Beliau memerintahkan bayaran kos sebanyak RM30,000 diberikan kepada Nizar. - BH

No comments:

Post a Comment