My Add

Thursday 4 July 2013

12 GRO dicekup ketika leka melayan pelanggan

 * SEBAHAGIAN wanita warga Thailand yang berkhidmat sebagai gadis pelayan pelanggan yang dicekup Jabatan Imigresen Kelantan ketika leka melayan pelanggan dalam serbuan di dua buah premsi di Kuala Krai, Kelantan malam tadi. - UTUSAN
KOTA BHARU, RABU, 03 Julai, 2013: Sebanyak 12 wanita warga Thailand yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup oleh Jabatan Imigresen negeri ketika leka melayan pelanggan dalam operasi di dua buah kedai di Kuala Krai malam tadi.

Dalam operasi kira-kira pukul 10 malam itu, kebanyakan GRO berkenaan berusia antara 18 hingga 41 tahun ditahan atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini.

Pengarah Imigresen negeri, Mahasan Mustapa berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan kesemua GRO berkenaan dipercayai berkhidmat sebagai pelayan sahaja dan tidak terlibat dalam pelacuran.

"Mereka ini hanya menjadi pelayan untuk menemani pelanggan yang minum di premis mereka dan siasatan mendapati mereka bukan pelacur.

"Sejak Januari hingga Jun, pihak kami telah menahan sebanyak 27 wanita warga asing yang dipercayai terlibat sebagai GRO. Untuk makluman kegiatan tidak sihat ini masih terkawal di negeri ini," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment