My Add

Monday 1 July 2013

12 kawasan catat IPU sederhana

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Julai, 2013: Kota Tinggi, Muar dan Pasir Gudang di Johor adalah antara 12 kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 2 petang hari ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini Kota Tinggi mencatatkan bacaan 58, Muar (51) dan Pasir Gudang (57).

Banting di Selangor mencatatkan 58, Bandaraya Melaka (55) dan Bukit Rambai (70) di Melaka, Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan dengan IPU masing-masing (53) dan (59).

Kemaman dan Kuala Terengganu di Terengganu masing-masing mencatatkan 61 dan 53, Tanah Merah (56) di Kelantan dan Miri (51) di Sarawak.

Selain itu, 41 kawasan termasuk Kuala Lumpur dilaporkan mencatat bacaan baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment