My Add

Wednesday 3 July 2013

17 orang diculik kumpulan bersenjata di selatan Mexico

ACAPULCO, RABU, 03 Julai, 2013: Sekumpulan lelaki bersenjata menculik sekurang-kurangnya 17 orang selepas memecah masuk beberapa rumah di perkampungan luar bandar di Guerrero, selatan Mexico, kata pegawai hari ini.

Dengan menggunakan beberapa kenderaan, pengganas terbabit menculik 12 lelaki, tiga wanita dan dua pelajar sekolah menengah di empat kawasan dekat bandar Cocula di sini, kata jurucakap kerajaan negeri Guerrero, Jose Villanueva.

Sumber jabatan keselamatan awam berkata, jumlah mangsa yang diculik mungkin meningkat berikutan pihak berkuasa menerima laporan penculikan daripada banyak keluarga. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment