My Add

Wednesday 3 July 2013

Malaysia, UK saling memanfaat peluang pelaburan

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Julai, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau tidak sabar untuk bertemu rakan sejawatannya dari Britain, David Cameron, Khamis ini.

Najib, yang kini mengadakan lawatan kerja empat hari ke UK, menegaskan bahawa kedua-dua negara sudahpun mula memanfaatkan satu sama lain bagi mencari peluang pelaburan dan pertumbuhan perniagaan yang lebih meluas.

"...dan kami sudah menetapkan sasaran yang mencabar untuk dicapai bersama: hubungan dagang dua hala RM26 bilion menjelang 2016.

"Jumlah itu meningkat sekali ganda daripada apa yang kita nikmati ketika ini hasil hubungan dagang yang baik yang diwujudkan bersama," katanya dalam Facebook.

Najib berkata, langkah pertama ke arah mencapai matlamat itu adalah pelancaran projek Stesen Janakuasa Battersea, yang dibangunkan secara usahasama oleh SP Setia Bhd, Sime Darby Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

"Saya berkeyakinan perkongsian yang hebat akan menyusul," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment