My Add

Wednesday 3 July 2013

23 buku terbitan ITBM dilancar di Tokyo

TOKYO, RABU, 03 Julai, 2013: Sebanyak 23 buku terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (TIBF) Ke-20 di Tokyo Big Sight di sini, sebentar tadi.

Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som, melancarkan buku 21 Siri Kanak-kanak yang diterjemahkan ke bahasa Jepun, selain dua karya Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write), Dr Siti Zainon Ismail yang juga diterjemahkan ke bahasa Jepun.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu, ialah Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron.

Sementara itu, Shaharudin berkata, penyertaan Malaysia di TIBF melalui ITBM memperlihatkan komitmen untuk memperkenalkan karya negara dalam bahasa Melayu kepada dunia.

"Penyertaan yang bermula secara kecil pada tiga tahun lepas dan kini gerai lebih besar serta buku terjemahan dalam bahasa Jepun menunjukkan karya kita berupaya dibawa ke sini.

"Kedutaan Malaysia akan mendukung usaha untuk membawa Malaysia ke peringkat lebih tinggi seperti negara tamu TIBF pada masa depan," katanya pada pemberita di sini, sebentar tadi.

TIBF dirasmikan oleh Putera Jepun, Putera Akishinomoya yang dibuat serentak bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif TIBF, tokoh industri buku dan duta. 

TIBF yang berlangsung empat hari itu, disertai kira-kira 42 negara dari seluruh dunia menjadi platform jual beli buku dan hak cipta dengan negara tamu kali ini ialah Korea. - BH

No comments:

Post a Comment