My Add

Wednesday 3 July 2013

Kerja selamat mangsa tanah runtuh di Ukay Perdana dihenti


 * PASUKAN penyelamat membawa keluar mayat mangsa tanah runtuh di Ukay Sierra, Ukay Pedana. Dalam kejadian 11.29 pagi tadi, tiga pekerja binaan maut manakala seorang cedera. - Foto BH
KUALA LUMPUR, RABU, 03 Julai, 2013: Kerja menyelamat kini sudah dihentikan selepas pihak bomba berjaya mengeluarkan semua mangsa yang terbunuh dan cedera dalam kejadian tanah runtuh di Ukay Sierra, Ukay Perdana, hari ini.

Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

Dalam kejadian 11.29 pagi tadi, tiga pekerja binaan warga Myanmar disahkan maut manakala seorang cedera

Ketiga-tiga mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat manakala pekerja yang tercedera masih mendapat rawatan lanjut di Hospital Ampang. - BH

No comments:

Post a Comment