My Add

Thursday 4 July 2013

Adly Mansour angkat sumpah presiden sementara Mesir

 * PERCIKAN bunga api menjulang ke udara apabila ribuan rakyat Mesir berkumpul selepas mendengar ucapan Menteri Pertahanan, Abdel Fattah al-Sisi yang mengumumkan bahawa tentera negara itu berjaya menggulingkan Presiden, Mohamed Morsi di Dataran Tahrir, di Kaherah, hari ini. - Foto AFP
KAHERAH, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Ketua Hakim Negara, Adly Mansour hari ini mengangkat sumpah sebagai presiden sementara Mesir, sehari selepas pasukan tentera menggulingkan Mohamed Morsi berikutan bantahan besar-besaran selama seminggu oleh orang awam.

"Saya bersumpah untuk mengekalkan sistem republik, dan menghormati perlembagaan dan undang-undang serta menjaga kepentingan rakyat," kata Mansour

selepas mengangkat sumpah jawatan pada satu majlis di Mahkamah Perlembagaan Agung.Pegawai kerajaan mengalu-alukan pengisytiharan itu dengan disambut tepukan gemuruh.

Upacara angkat sumpah itu disiarkan secara langsung di televisyen tempatan, selepas pihak tentera menggulingkan Morsi, semalam. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment