My Add

Friday 5 July 2013

Agensi perisikan Perancis intip maklumat komunikasi

PARIS, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Satu akhbar tempatan mendedahkan bahawa sebuah agensi perisikan di negara ini memintas semua proses komunikasi dengan mengintip panggilan masuk dan keluar telefon serta data komputer selama beberapa tahun.

Akhbar Le Monde semalam melaporkan, kesemua data komunikasi di negara ini disimpan dalam ‘supercomputer’ di ibu pejabat agensi perisikan DGSE.

"DGSE mengumpul maklumat komunikasi menggunakan isyarat elektromagnet yang dipancarkan oleh semua komputer di negara ini, mahupun antara Perancis dan negara lain.

"Data komunikasi yang dikumpul menerusi perbualan komunikasi, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook, Twitter akan disimpan selama beberapa tahun di dalam supercomputer yang mana agensi perisikan lain boleh mengaksesnya," jelas laporan akhbar tersebut. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment