My Add

Friday 5 July 2013

Penggulingan Mursi iktibar kepada masyarakat antarabangsa

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Insiden rampasan kuasa dan penahanan Presiden Mesir, Mohammed Mursi perlu diambil sebagai iktibar kepada seluruh masyarakat antarabangsa bahawa keputusan demokrasi harus diterima dan dihormati oleh semua pihak.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebarang tindakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan.

Menurutnya, penggulingan Mursi itu bukan sahaja melanggari prinsip dan amalan demokrasi malah turut mengkhianati amanah rakyat.

“Kita mengecam tindakan tersebut (rampasan kuasa). Harus diingat bahawa Presiden Mohammed Mursi adalah seorang pemimpin yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir melalui proses pilihan raya dan bukannya rusuhan jalanan.

“Demonstrasi dan rusuhan jalanan berpanjangan yang berlaku di negara itu bukan sahaja meragut nyawa tetapi membawa rusuhan serta pertembungan ganas antara penyokong dan penentang kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment