My Add

Friday 5 July 2013

Ambil pengajaran pergolakan di Mesir - PM

Daripada BAHAROM MAHUSIN

LONDON, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada pergolakan politik yang berlaku di Mesir kerana ia menunjukkan perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perubahan politik yang tidak diuruskan dengan baik boleh mengakibatkan penderitaan kepada rakyat dan merosakkan negara seperti yang berlaku di Mesir apabila terjadi kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.

“Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di Hotel Dorchester di sini semalam pada akhir lawatan kerja empat harinya ke United Kingdom.

Bagaimanapun, Najib menegaskan, peristiwa yang berlaku di Mesir adalah soal dalaman negara Islam Afrika tersebut.

"Apa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir... (tetapi) ia sudah terjadi. Walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi.

"Selepas ini kita harap kerajaan yang baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir. Inilah saja jaminan kestabilan jangka panjang dan keharmonian di negara itu," kata Najib. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment