My Add

Friday 5 July 2013

Pertukaran Ketua Kampung perkasa ASEAN

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

YOGYAKARTA, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Program Pertukaran Ketua-ketua Kampung yang ihasil cetusan idea Malaysia berupaya menjadi platform untuk memperkasakan hubungan antara rakyat dengan rakyat di kalangan anggota negara ASEAN.

Dalam tempohdua tahun sejak inisiatif itu dibentangkan pada tahun 2011 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia pada mesyuarat peringkat menteri ASEAN 3 (China, Jepun dan Korea) di Bangkok, Thailand, program itu sudah dilaksanakan dan mendapat maklum balas positif.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, program yang menghimpunkan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) itu membuka ruang kepada usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama rakan-rakan ASEAN 3.

Menerusi program tersebut, ujar beliau, kesemua anggota negara ASEAN serta tiga negara sahabat China, Jepun dan Korea mengakui penglibatan JKKK akan mewujudkan rangkaian hubungan jangka panjang yang positif di kalangan rakyat serantau.

"Jika kita perhatikan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan tidak berhadapan sebarang masalah tetapi sebaliknya, di peringkat rakyat.

"Justeru, Malaysia dan negara-negara ASEAN yakin program ini boleh menjadi platform terbaik untuk mendekatkan hubungan itu (rakyat dengan rakyat)," kata Shafie kepada wartawan di sini hari ini.

Beliau berada di sini untuk menghadiri mesyuarat ASEAN peringkat menteri mengenai pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment