My Add

Tuesday 2 July 2013

Bank Dunia guna model Felda

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Julai, 2013: Bank Dunia mahu menggunakan pakai model perniagaan ala Felda untuk membantu negara-negara miskin dan berpendapatan rendah.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Ekonomi, Pembangunan Ekonomi Bank Dunia, Kaushik Basu berkata, Bank Dunia cukup kagum dengan prestasi dan pencapaian Felda dalam membasmi kemiskinan rakyat sehingga mampu muncul sebagai sebuah syarikat konglomerat Malaysia.

Malah, kedudukan Felda sebagai pengeluar hasil minyak sawit terbesar di dunia juga cukup membanggakan Bank Dunia, katanya.

"Pencapaian Felda ini sewajarnya dikongsi bersama dengan negara-negara miskin yang masih jauh ketinggalan.

"Kita mahu ada lebih banyak 'Felda' di dunia, sekali gus mampu membasmi kemiskinan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Balai Felda, baru-baru ini.

Basu percaya Felda memiliki formula tertentu untuk berjaya sehingga ke peringkat ini dan dilaksanakan dengan strategi yang tersusun.

''Paling mengagumkan saya apabila Felda bukan sahaja telah membasmi kemiskinan, mewujudkan kawasan tanaman kelapa sawit terbesar sehingga menjadi konglomerat agri, tetapi yang paling menyeronokkan saya apabila Felda juga menjadikan para penerokanya golongan usahawan berjaya.

"Ini menunjukkan Felda mempunyai hala tuju yang terangkum kepada syarikat sehingga kepada peneroka," ujar beliau.

Jelasnya, Bank Dunia bersedia untuk mewujudkan rangka kerja sebagai tanda sokongan supaya model ala Felda ini dapat 'eksport' agar kejayaan yang diraih oleh Felda dikongsi dengan sejagat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment