My Add

Tuesday 2 July 2013

Pengurus syarikat didakwa terima rasuah

KANGAR, ISNIN, 01 Julai, 2013: Seorang bekas pengurus sebuah syarikat kuari di Padang Besar dekat sini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,500 dua tahun lalu.

Hashim Jamhari, 51, dari Taman Sri Intan, Jalan Meringgi, Arau didakwa telah menerima suapan iaitu sekeping cek Maybank Islamic Bhd. bernombor 121050 bernilai RM4,000.

Suapan itu didakwa diterima daripada Tang Boon Hooi (pengadu) melalui Mohd. Noorrizaiman Hashim sebagai upah mendapatkan kontrak kerja-kerja pengeluaran over burden di sebuah kuari.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 4 petang, 1 Disember 2011 di tapak kuari Rimba Emas milik syarikat Pro Master Engineering Sdn. Bhd., Titi Tinggi, Padang Besar.

Pertuduhan kedua pula, Hashim didakwa menerima suapan sekeping cek Maybank Islamic Bhd. bernombor 127831 bernilai RM3,500 daripada Boon Hooi bagi tujuan yang sama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment