My Add

Thursday 4 July 2013

Hasil siasatan diumum masa terdekat

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Julai, 2013: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dijangka mengumumkan keputusan mengenai siasatan berhubung kewujudan tentera siber, Red Bean Army dalam masa terdekat.

Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, buat masa ini pihaknya masih dalam proses melakukan siasatan akhir.

"Perkara ini membabitkan banyak pihak yang saling berkaitan. Kami akan mengumumkan dalam sedikit masa lagi apabila cukup semua bukti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu, cadangan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kewujudan tentera siber yang dipercayai dibiayai pembangkang tersebut akan dibawa ke Kabinet, Jumaat ini.

Cadangan tersebut dikemukakan oleh 130 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam melalui satu memorandum diserahkan kepada Shahidan semalam yang mendakwa Red Bean Army sangat berbahaya jika dibiarkan berterusan tanpa penguatkuasaan.

Mengulas lanjut, Sheikh Raffie berkata, SKMM akan memastikan mereka yang didapati bersalah tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Negara kita ada undang-undang dan mereka yang bersalah tetap akan dikenakan hukuman setimpal," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment