My Add

Thursday 4 July 2013

Status LHDN bakal dipinda

Oleh THOMAS CHONG
 
 * SEBAHAGIAN daripada orang ramai memenuhi rang legar bagi memeriahkan Hari Terbuka Kementerian Kewangan 2013 di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMISAhmad Husni Hanadzlah bersama Ahmad Maslan dan Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah (kiri) pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Kementerian Kewangan 2013 di Putrajaya, semalam. - utusan/HANAFI KHAMIS
PUTRAJAYA, RABU, 03 Julai, 2013: Kementerian Kewangan merancang untuk menjadikan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai pihak berkuasa dengan pembiayaan sendiri yang boleh berfungsi secara bebas.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, perubahan status tersebut akan membolehkan LHDN berfungsi dalam keadaan tidak tertakluk kepada Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau agensi lain.

Beliau berkata, selain LHDN, pihaknya turut meneliti kemungkinan Jabatan Kastam Diraja Malaysia ditukar kepada lembaga yang lebih bebas dan berfungsi secara tidak langsung di bawah Kementerian Kewangan.

"Dengan 'pembebasan' institusi, agensi berkenaan boleh berfungsi dengan lebih baik. Perkara-perkara ini sedang dikaji untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Hari Terbuka Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Hari terbuka bertemakan 'Kementerian Kewangan Berkhidmat Untuk Rakyat, Menyampaikan Khidmat Terbaik' itu telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Yang turut hadir sama, Timbalannya, Datuk Ahmad Maslan.

Selepas majlis perasmian tersebut, Mohd. Irwan yang ditemui wartawan memberitahu, maklumat lanjut mengenai perubahan status LHDN akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Mengulas lanjut, Mohd. Irwan berkata, beliau turut menurunkan kuasa kepada ketua-ketua setiausaha kementerian untuk meluluskan perbelanjaan di bawah RM20,000 sebagai pendahuluan.

Beliau berkata, transformasi yang diusahakan oleh kerajaan mesti ditanam dalam minda penjawat awam serta dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.

Katanya, sebaran bahan dan maklumat yang tidak benar terutamanya di dalam internet perlu dinafikan dengan data kukuh yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

"Kita perlu dedahkan fakta supaya maklumat yang tidak benar dinafikan dengan data dan maklumat yang betul.

"Terdapat penyebaran di internet bahawa hutang negara melonjak tinggi dan negara bakal muflis, kita ada kaunter (sempena Hari Terbuka Kementerian Kewangan) yang boleh menjelaskan keadaan sebenar hutang negara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment