My Add

Friday, 5 July 2013

Isteri dilarikan warga Indonesia ditemui di Pasuruan

 * MOHD. Riduan Abd. Razak menunjukkan salinan pasport warga Indonesia yang dipercayai melarikan isterinya, Nur Idayu Abd. Aziz yang membawa penemuan semula isterinya itu, di Pasuruan, Jawa Timur ketika ditemui di rumahnya, di Felda Bukit Sagu, Kuantan hari ini. - UTUSAN
KUANTAN, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Tiada apa yang dapat diungkapkan oleh Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, selain bersyukur ke hadrat Allah SWT apabila isterinya, Nur Idayu Abd. Aziz, 34, yang dilarikan empat warga Indonesia ditemui selamat di Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia.

Beliau berkata, berita penemuan isterinya telah dimaklumkan oleh kenalan rapat bapa mertuanya yang tinggal di Surabaya kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

"Kira-kira pukul 7.30 malam semalam, kawan rapat bapa mertua saya yang dikenali sebagai Pak Rahman telah menghubungi saya bagi memaklumkan dia telah menjumpai rumah suspek yang melarikan isteri saya di Dusun Besuk, Jember di Jawa Timur.

"Pak Rahman yang meminta bantuan beberapa orang kenalannya menunggu di rumah berkenaan dan kira-kira pukul 9.00 malam suspek yang dikenali sebagai Saiful Qorif telah pulang ke rumahnya dan ditangkap.

"Bagaimanapun, suspek meninggalkan isteri saya dipercayai di rumah mak saudara atau sepupunya di Pasuruan, yang mengambil masa empat jam untuk ke sana dari Jember, Pak Rahman tiba ke sana kira-kira pukul 1.30 pagi dan alhamdulillah isteri saya berjaya diselamatkan," katanya ditemui pemberita di Felda Bukit Sagu 2 di sini hari ini.

Nur Idayu dipercayai dilarikan empat warga Indonesia termasuk seorang wanita pada 22 Jun lalu, yang sebelum ini diupah membuat pengubahsuaian rumah mertuanya di Felda Bukit Sagu 2 di sini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment