My Add

Friday, 5 July 2013

PRK Kuala Besut tidak cemarkan Ramadan - Jamil Khir

PUTRAJAYA, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom percaya amalan demokrasi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang jatuh dalam bulan Ramadan ini tidak akan mencemarkan kesucian bulan mulia Islam itu.

Beliau berkata, setiap umat Islam yang terlibat dalam PRK tersebut sudah pasti menyedari tentang keperluan untuk menjaga adab dan akhlak sepanjang tempoh kempen PRK yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Saya tidak menolak dalam konteks pilihan raya, tentunya banyak program ceramah akan dilaksanakan oleh parti politik yang bertanding.

"Namun, kita semua perlu menjaga adab dan akhlak, di samping memastikan amalan demokrasi melalui PRK itu kekal subur,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program Ramadan TV AlHijrah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment