My Add

Monday 29 July 2013

JHEAT diminta pantau surau persendirian pecah belah umat

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 29 Julai, 2013: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) diminta memantau surau dan masjid persendirian yang baharu dibina bagi mengelak perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Ini kerana, kata Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, kebanyakan surau persendirian yang baharu dibina terbabit mempunyai unsur politik.

"Kerajaan mahu pembinaan baharu surau dirujuk JHEAT terlebih dahulu supaya pemantauan boleh dibuat dengan lebih mudah bagi mengelakkan perpecahan umat Islam kerana fahaman politik yang berbeza.

"Surau dan masjid perlu wujud berasaskan keperluan, jika kawasan kita sudah mempunyai banyak masjid serta surau, maka tidak perlulah kita membina lagi masjid dan surau," katanya kepada pemberita selepas Penyampaian Bantuan Pengimarahan Masjid dan Surau Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir itu juga mahu sebarang kerja pengubahsuaian pada surau dan masjid dirujuk ke JHEAT dan agensi lain yang berkaitan bagi memastikan keselamatan bangunan.

"Kita tidak mahu apabila berlaku sesuatu perkara seperti surau atau masjid runtuh kerajaan juga yang akan dipersalahkan," katanya.

Pada majlis itu, sejumlah RM240,000 diagih kepada masjid dan surau di daerah Kuala Terengganu untuk menjalankan pelbagai aktiviti imarah mereka. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment