My Add

Thursday 4 July 2013

Mengapa takut untuk mengadakan pemilihan semula?

PULAU PINANG, RABU, 03 Julai, 2013: Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G. Asoghan mengadakan sidang akhbar di Butterworth, hari ini berhubung pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang dipertikaikan pada 15 Disember tahun lalu.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Kita ingin tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mengapa takut untuk mengadakan pemilihan semula CEC walaupun mereka sedar CEC yang sedia ada tidak sah. Betulkah jumlah perwakilan DAP yang tidak dijemput sebenarnya adalah 1,300 dan bukan setakat 753 orang. Betulkah wujud 547 perwakilan haram dari Pulau Pinang.

Kita cabar Guan Eng dan Anthony Loke memberi senarai 2,576 perwakilan DAP yang berhak hadir dan undi pada pemilihan CEC 15 Disember 2012 kepada Teng Chang Khim, Boo Cheng Hai, Chow Kon Yeow, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Kita juga cabar Guan Eng dan Anthony Loke untuk memberi senarai 1,823 perwakilan yang hadir dan undi pada pemilihan CEC 15 Disember 2012 kepada lima tokoh DAP yang disebutkan tadi.

Kita semua mahu tahu mengapa Guan Eng dan Anthony Loke enggan dan takut memberi penjelasan kepada ahli DAP, berkenaan dakwaan penyelewengan dan manipulasi undi semasa pemilihan CEC 15 Disember 2012. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment