My Add

Thursday 4 July 2013

Remaja berdepan 4 tuduhan bunuh pilih untuk berdiam diri

 SIBU, KHAMIS, 04 JulI, 2013: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan kes prima facie berjaya diwujudkan terhadap seorang remaja berusia 17 tahun yang menghadapi empat pertuduhan bunuh mengikut Seksyen 302 dan cubaan bunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Hakim Supang Lian berkata beliau berpuas hati dengan keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan semasa perbicaraan, termasuk keputusan bedah siasat.

Beliau kemudian memerintahkan remaja lelaki itu membela diri namun tertuduh memilih untuk berdiam diri.

Peguam Daren Ling yang mewakili remaja terbabit sebelum itu menjelaskan kepadanya mengenai tiga pilihan yang ada dan akibatnya.

Hakim menetapkan 7 Julai untuk penghujahan pihak pembelaan dan 2 Ogos bagi pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Musli Ab.Hamid.

Remaja lelaki itu didakwa membunuh wanita warga emas, Leong Nyuk Lang, 76, dan anak lelakinya seorang ahli perniagaan, Ling Tong Hock, 36, di rumah mereka di Jalan RTM di sini pada 1 Jan tahun lepas.

Dia juga didakwa membunuh anak lelaki David Ling Chei Qi, 10, dan anak perempuannya, Amy Ling Zi Jiun, 7, di masa dan tempat sama.

Remaja itu juga berdepan pertuduhan cuba membunuh seorang lagi anak lelaki Ling berumur lapan tahun, Kelvin Ling Chei You. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment