My Add

Tuesday 2 July 2013

Pencerobohan domain Internet tempatan disiasat

CYBERJAYA, SELASA, 02 Julai, 2013: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan telah menerima laporan bahawa beberapa nama domain yang didaftarkan di bawah nama domain ‘.com.my ’ (dot com dot my) telah dikompromi.

SKMM telah berhubung dengan MYNIC dan setakat ini siasatan awal telah menunjukkan bahawa kompromi tersebut adalah terhad kepada laman web yang berdaftar dengan nama domain ‘.com.my’.

SKMM juga telah dimaklumkan bahawa beberapa laman web yang terkenal telah terjejas.

“Pencerobohan ini menimbulkan kebimbangan, tetapi mujurlah langkah-langkah awal yang pantas telah diambil untuk menangani pencerobohan yang disyaki. Setakat ini, perkhidmatan kepada sebahagian besar domain-domain yang telah dikompromi itu sudah pun berjalan seperti sediakala," kata Pengerusi SKMM, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi.

Beliau juga mengesahkan bahawa SKMM dan polis telah menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat insiden tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment