My Add

Tuesday 2 July 2013

Ribut petir di beberapa kawasan perairan berterusan

KUALA LUMPUR, SELASA, 02 Julai, 2013: Ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak (Rejang, Mukah dan Bintulu) serta Phuket dan Reef North dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Jabatan Meteorologi berkata keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, kata jabatan itu melalui laman webnya di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan nasihat ribut tropika (Rumbia) yang kini bergerak ke arah barat laut dengan anggaran kelajuan 20 km sejam.

Ribut tropika itu kini berada kira-kira 118 km ke utara-barat laut Hainan China dengan jarak bandar terdekat negara ini ialah kira-kira 1,770 km barat laut, Kudat, Sabah.

Ribut itu tidak membawa kesan yang signifikan terhadap Malaysia, kata kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment