My Add

Tuesday 2 July 2013

Siasatan antilambakan produk FCB dari Thailand

KUALA LUMPUR, SELASA, 02 Julai, 2013: Kerajaan memutuskan untuk memulakan penyiasatan awal ke atas import cellulose fibre reinforced cement flat and pattern sheets (FCB) dari Thailand susulan petisyen daripada pengeluar tempatan yang meminta duti antilambakan dikenakan ke atas import FCB.

"Selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 dan Peraturan yang berkaitan, satu penentuan awal akan dibuat dalam tempoh 120 hari daripada tarikh permulaan siasatan.

"Sekiranya penyiasatan awal didapati afirmatif, maka Kerajaan mungkin akan mengenakan duti anti lambakan sementara pada kadar yang perlu untuk memastikan tiada kemudaratan yang berterusan," jelas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan.

Petisyen itu yang diterima kerajaan pada 3 Jun antara lain mendakwa FCB yang berasal atau dieksport dari Thailand dibawa masuk ke Malaysia dengan harga lebih rendah daripada yang dijual di pasaran domestik negara-negara tersebut.

Pempetisyen tersebut mendakwa lambakan import telah menyebabkan kemudaratan material kepada institusi tempatan di Malaysia dan mengatakan bahawa import dari negara berkenaan telah meningkat dari segi jumlah kuantiti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment