My Add

Monday 29 July 2013

Pengasas Arab-Malaysian Bank mati ditembak
 
 Hussain Ahmad Najadi
KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Julai, 2013: Pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, mati ditembak di tempat letak kereta di Lorong Ceylon, di sini hari ini manakala isteri cedera.

Allahyarham, warga Iran yang juga Pengarah Urusan pertama bank itu meninggal dunia serta merta di tempat kejadian selepas terkena tembakan di dada dan rusuk manakala isterinya berusia 48 tahun terkena peliuru di lengan kiri dan peha kanan sebelum dikejarkan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asistan Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata kejadian berlaku jam 2 petang apabila tiga lelaki menunggu mangsa keluar daripada menemui seorang lelaki di tokong berhampiran dipercayai berkaitan urus niaga saham.


"Selepas pertemuan berkenaan mangsa terus menuju ke tempat letak kereta sebelum seorang lelaki muncul lalu melepaskan beberapa das tembakan," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment