My Add

Tuesday 30 July 2013

Pengikut seludup masuk, edar buku yang diharamkan ke masjid

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Julai, 2013: Atas naluri taksub untuk diterima masyarakat umum dan cuba mencipta satu mazhab yang diiktiraf kerajaan, pengikut fahaman Syiah dikesan semakin bertindak melampau apabila sanggup menyeludup masuk buku-buku yang telah diharamkan ke dalam masjid seluruh negara.

Mereka mengedarkan buku-buku yang diharamkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu kepada imam-imam serta ahli jawatankuasa (AJK) masjid.

Dipercayai, buku-buku ini disebarkan untuk memberi kefahaman tentang fahaman Syiah seterusnya cuba mempengaruhi individu berpengaruh di dalam masjid seperti imam dan AJK masjid.

Walau bagaimanapun hasil kecekapan pihak berkuasa, buku-buku Syiah ini berjaya dirampas dan dihalang penyebarannya, antaranya;

1) Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar, Perlis merampas 2,882 buah buku terdiri daripada dua judul buku yang diharamkan pada 17 Jun 2011.

2) Bahagian Kawalan Penerbitan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 512 buku yang terdiri daripada empat judul di Pusat Mel Laju, Jejawi dan Pusat Pos Laju, Sena, Kangar, Perlis pada 5 Julai 2011.

3) Pasukan yang sama sekali lagi merampas 657 buku yang terdiri daripada tiga judul dirampas di Pejabat Pos Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu pada 23 Ogos 2011.

4) Jabatan Agama Islam Melaka membuat rampasan terbesar iaitu sebanyak 35,000 buku Syiah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka pada 25 Ogos 2011.

Empat buku Syiah yang diharamkan adalah 'Dialog Sunnah-Syiah' nukilan Syarafuddin Al-Musawi, 'Akhirnya Ku Temui Kebenaran' oleh Dr. Muhammad Al-Tijani Al Samawi, 'Inilah Al-Khulafa Ar-Rasyidin Rasul' serta 'Meniti Titian Kebenaran' oleh Khair Izzah.

Kesemua buku itu adalah tulisan pendukung kental Syiah dan Jakim menyatakan karya-karya itu mengandungi fahaman Syiah yang bercanggah dengan Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam Jakim kerana mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang berlawanan dengan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Utusan Malaysia difahamkan, rampasan di Padang Besar, Jejawi, Kangar dan Kuala Terengganu itu disiasat oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran, KDN mengikut Seksyen 7 dan 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Rampasan di Melaka pula disiasat di bawah Sekysen 48 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Melaka 1991 bersabit penerbitan agama yang berlawanan dengan hukum-hukum syariah.- UTUSAN 

No comments:

Post a Comment