My Add

Thursday 4 July 2013

Peratus penjawat awam Cina turun mendadak

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Julai, 2013: Peratusan penjawat awam dari kalangan kaum Cina berkurangan secara mendadak sepanjang tiga dekad lalu daripada 20.2 peratus pada 1971 kepada 5.38 peratus tahun ini.

Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN-Bentong) berkata, untuk melaksanakan rancangan transformasi kerajaan dengan berkesan, penjawat awam perlu terdiri daripada komposisi berbilang kaum.

Untuk melaksanakan rancangan transformasi kerajaan dengan berkesan, katanya, beliau mencadangkan supaya penjawat awam perlu dibarisi oleh masyarakat pelbagai kaum.

“Menurut data pengambilan penjawat awam sepanjang 2012, hanya 2,630 daripada masyarakat Cina dilantik mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam daripada jumlah keseluruhan 47,335 yang dilantik.

“Bilangan ini merupakan 5.56 peratus daripada jumlah pengambilan. Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan peratusan penjawat awam Cina terus menurun pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment