My Add

Monday 29 July 2013

Produk sawit tidak akan didiskriminasi - PM Perancis

 * PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) menyambut ketibaan rakan sejawatannya dari Perancis, Jean-Marc Ayrault sejurus rombongan Perancis itu tiba di Putrajaya sempena lawatan rasmi dua hari ke negara ini. - BERNAMA
PUTRAJAYA, ISNIN, 29 Julai, 2013: Kerajaan Perancis tidak akan membezakan produk minyak sawit daripada minyak sayur-sayuran yang lain, kata Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault hari ini.

Semasa memberikan jaminan demikian, Ayrault berkata, walaupun terdapat beberapa inisiatif yang diambil oleh anggota parlimen Perancis untuk mengenakan cukai khas bagi minyak sawit, kerajaan tidak menyokong inisiatif mereka dan ini tidak akan menjadi kenyataan.

"Minyak sawit tidak akan dilayan berbeza daripada minyak sayur-sayuran yang lain dan tidak akan ada diskriminasi terhadap minyak sawit," kata beliau pada sidang media bersama.

Ayrault dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia mulai semalam.

Ayrault berkata, beliau telah membincangkan isu minyak sawit dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memahami bagaimana komoditi ini amat penting kepada Malaysia.

"Saya tahu bagaimana minyak sawit sangat penting kepada Malaysia, memandangkan jumlah orang yang bergantung kepada pengeluaran minyak sawit untuk kehidupan mereka, terutama pengeluar kecil," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment