My Add

Tuesday 30 July 2013

Rombak Lembaga Penapisan Filem

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Julai, 2013: Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merombak segera pengurusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk memastikan kes seperti filem The New Village tidak berulang.

Gesaan tersebut dibuat kerana tidak mahu mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menapis filem-filem sebelum ditayangkan tidak melaksanakan amanah dengan sempurna, apatah lagi jika terdapat unsur-unsur sabotaj atau tidak bersesuaian dengan suasana semasa negara.

Setiausahanya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, pihaknya berasa hairan dan terkejut apabila pihak LPF hanya mengambil masa tiga hari untuk meluluskan filem tersebut, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri semalam.

"Apakah garis panduan dan kriteria yang digunakan menyebabkan masa yang diambil sesingkat itu berbanding dengan filem Tanda Putera yang sehingga kini belum dimuktamadkan?

"Filem seumpama The New Village iaitu yang cuba mempromosikan perjuangan komunis serta memperlekehkan perjuangan perajurit negara perlu diperketatkan syarat-syarat penayangannya," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment