My Add

Tuesday 30 July 2013

UMNO Bukit Mertajam bidas sikap GLC tidak kenang budi

BATU KAWAN, ISNIN, 29 Julai, 2013: Sikap segelintir syarikat milik kerajaan (GLC) tidak menyumbang dan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik selepas mendapat projek mega kerajaan Pusat di negeri ini dikesali.

Malah, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir melabelkan GLC sedemikian sebagai tidak mengenang budi.

Musa yang juga bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang berkata, sepatutnya GLC terbabit membalas budi Kerajaan Persekutuan dengan berkongsi hasil perolehan bersama rakyat di negeri itu.

"Apa salahnya dapat untung besar di Pulau Pinang, balas balik dengan menyumbang kepada rakyat miskin di sini.

"Nak bagi bantuan hari raya, zakat pun susah seolah-olah rakyat Pulau Pinang dianaktiri.

"Janganlah apabila ada menteri datang, baru nak bagi bantuan. Itu tidak ikhlas namanya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri anjuran Nasmir Holdings Sdn. Bhd. (Nasmir) di sini malam tadi.

Musa memberitahu, langkah Nasmir memberi bantuan kepada golongan memerlukan pada setiap tahun wajar dicontohi.

Sementara itu, Pengarah Urusan Nasmir, Datuk Kadhar Shah Abdul Razak menjelaskan, sebanyak 800 orang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim serta orang miskin menerima hamper, wang tunai dan baju raya daripada syarikatnya pada tahun ini.

"Program amal ini telah dimulakan sejak 12 tahun lalu dan jumlah penerima pada asalnya hanya 50 orang kini semakin bertambah mengikut kemampuan syarikat," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment