My Add

Tuesday 30 July 2013

Usahawan perlu kenali risiko

KUALA LUMPUR, ISNIN,  29 Julai, 2013: Usahawan perlu mempunyai kesedaran risiko dalam menjalankan perniagaan mereka dan menggunakan strategi yang betul untuk menanganinya, kata seorang penceramah mengenai pengurusan risiko.

Naib Presiden Institut Antarabangsa Pengurusan Risiko dan Strategi Krisis, Dr. Shamsul Anuar Mohd. Halip berkata, risiko boleh menjadi positif atau negatif dalam sifatnya bergantung kepada kesan kepada perniagaannya.

"Ia negatif apabila kesannya memacu kepada kegagalan perniagaan dan menjadi positif jika anda mampu untuk menghadapi dan melihat peluang dan menterjemahkan ke dalam hasil," katanya kepada Bernama.

Shamsul Annuar berkata, usahawan, terutama dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana, perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran supaya risiko boleh dikenal pasti dengan betul dan dapat merangka pelan dan strategi untuk menghadapinya.

"Selain pengetahuan dan kemahiran, ketabahan dan nasib adalah faktor lain untuk mencapai kejayaan. Ia membantu anda untuk kembali walaupun anda gagal," katanya.

Antara risiko yang dihadapi oleh PKS ialah kewangan, pengetahuan dan orang ramai, katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment