Oleh HERMAN HAMID
RAUB, SABTU, 30 November, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu masyarakat luar bandar memberi penekanan kepada konsep inovatif dan kreativiti dalam aktiviti ekonomi mereka kerana hanya dengan cara itu pendapatan penduduk kampung akan dapat ditingkatkan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebab itu, di peringkat kerajaan sendiri menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa melihat kaedah-kaedah baru bagi memajukan ekonomi penduduk luar bandar.
''Ini bertepatan dengan dasar kita untuk memajukan sektor luar bandar supaya menjadi satu wilayah yang dinamik agar boleh menjamin kehidupan lebih baik dan pendapatan yang meningkat kepada penduduk desa," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013 di Kampung Gali Tengah di sini hari ini.
Pada majlis itu, Kampung Peruas, Raub diumumkan sebagai pemenang manakala Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat mendapat tempat kedua dan ketiga dimenangi Kampung Batu 26, Kulim.
Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Timbalannya, Datuk Alexander Nanta Linggi; Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Ibrahim Muhamad dan Pengarah Institut Kemajuan Desa (Infra), Hasnan Hassan.
Menurut Muhyiddin, antara yang boleh dilakukan ialah dengan memberi pengetahuan baru kepada penduduk kampung menerusi bimbingan dan latihan agar mereka dapat memberi nilai tambah kepada produk yang dihasilkan.
Kata beliau, ini termasuk menukar sesuatu sisa pertanian yang dianggap bahan buangan yang banyak terdapat di kampung-kampung kepada sesuatu yang lebih bernilai menerusi pengeluaran produk baja organik.
''Ini yang dikatakan kaedah inovatif bagi menambah hasil pengeluaran. Kita boleh bantu menerusi Infra yang mana masyarakat luar bandar diberi pengetahuan baru untuk apa yang diusahakan.
''Dan kita nak lihat pendekatan secara lebih kreatif ini dilaksanakan secara lebih meluas menerusi teknologi dan teknik baru yang dapat berikan produk nilai tambah yang lebih baik," jelasnya.
Tambah Timbalan Perdana Menteri, meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar adalah salah satu usaha yang boleh dilakukan bagi memastikan peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga barang di peringkat global tidak terlalu dirasai rakyat.
Katanya, maka menjadi inisiatif berterusan kerajaan bagi mencapai matlamat ini dengan bukan sahaja memberi bimbingan, malah bantuan modal dan peralatan agar masalah itu dapat ditangani. - UTUSAN
![]() |
* MUHYIDDIN Yassin (lima kiri) menyampaikan Anugerah Ilham Desa kepada wakil daripada Kampung Peruas yang dipilih sebagai juara sempena Majlis Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013 di Kampung Gali Tengah, Raub, Pahang, semalam. Turut hadir Mohd. Shafie Apdal (lima, kanan); Adnan Yaakob (empat, kiri); Alexander Nanta Linggi (dua, kiri) dan Ibrahim Muhamad (kanan). - MINGGUAN/MAHATHIR ALI |
Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebab itu, di peringkat kerajaan sendiri menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa melihat kaedah-kaedah baru bagi memajukan ekonomi penduduk luar bandar.
''Ini bertepatan dengan dasar kita untuk memajukan sektor luar bandar supaya menjadi satu wilayah yang dinamik agar boleh menjamin kehidupan lebih baik dan pendapatan yang meningkat kepada penduduk desa," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013 di Kampung Gali Tengah di sini hari ini.
Pada majlis itu, Kampung Peruas, Raub diumumkan sebagai pemenang manakala Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat mendapat tempat kedua dan ketiga dimenangi Kampung Batu 26, Kulim.
Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Timbalannya, Datuk Alexander Nanta Linggi; Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Ibrahim Muhamad dan Pengarah Institut Kemajuan Desa (Infra), Hasnan Hassan.
Menurut Muhyiddin, antara yang boleh dilakukan ialah dengan memberi pengetahuan baru kepada penduduk kampung menerusi bimbingan dan latihan agar mereka dapat memberi nilai tambah kepada produk yang dihasilkan.
Kata beliau, ini termasuk menukar sesuatu sisa pertanian yang dianggap bahan buangan yang banyak terdapat di kampung-kampung kepada sesuatu yang lebih bernilai menerusi pengeluaran produk baja organik.
''Ini yang dikatakan kaedah inovatif bagi menambah hasil pengeluaran. Kita boleh bantu menerusi Infra yang mana masyarakat luar bandar diberi pengetahuan baru untuk apa yang diusahakan.
''Dan kita nak lihat pendekatan secara lebih kreatif ini dilaksanakan secara lebih meluas menerusi teknologi dan teknik baru yang dapat berikan produk nilai tambah yang lebih baik," jelasnya.
Tambah Timbalan Perdana Menteri, meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar adalah salah satu usaha yang boleh dilakukan bagi memastikan peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga barang di peringkat global tidak terlalu dirasai rakyat.
Katanya, maka menjadi inisiatif berterusan kerajaan bagi mencapai matlamat ini dengan bukan sahaja memberi bimbingan, malah bantuan modal dan peralatan agar masalah itu dapat ditangani. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment