![]() |
* NANCY Shukri menyampaikan cenderamata kepada peserta khatan dalam Majlis Doa Selamat Berkhatan 40 Anak Kampung Gedong dan Kampung Gumpey, Simunjan, Sarawak, semalam. |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, mencatatkan jumlah kes muflis kedua tertinggi di negeri ini dalam tempoh sama ialah Miri dengan seramai 4,058 orang diikuti Sibu (2,557 orang).
Beliau berkata, punca utama golongan muda paling ramai muflis ialah kegagalan mereka menguruskan kewangan dengan baik, selain kegagalan menjelaskan hutang kad kredit.
"Perkembangan ini sangat membimbangkan dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memupuk amalan pengurusan wang yang baik dalam mendidik anak mereka.
"Memang sukar untuk melaksanakannya tetapi sebagai langkah awal, saya cadangkan supaya setiap keluarga menyediakan satu tabung khas bagi mendedahkan anak-anak mengenai kebaikan menabung," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Doa Selamat Berkhatan 40 Anak Kampung Gedong dan Kampung Gumpey, Simunjan dekat sini sempena Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia, hari ini.
Menurut Nancy, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati tahap kesejahteraan keluarga juga belum memuaskan.
Beliau berkata, laporan menunjukkan tahap kesejahteraan keluarga berada pada kategori sederhana termasuk kajian kesejahteraan dalam bidang ekonomi dengan jumlah skor paling rendah iaitu 6.90.
Sehubungan itu, ujarnya, pelbagai langkah harus diambil bagi memastikan pendidikan berhubung pengurusan ekonomi dalam setiap keluarga mendapat perhatian yang sewajarnya.
"Anak-anak harus didedahkan dengan kemahiran menguruskan kewangan bagi mengelakkan mereka daripada dibelenggu hutang kerana sebarang masalah pembiayaan akan menyebabkan mereka disenarai hitam," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment