My Add

Thursday 19 June 2014

14 maut serangan bom di Nigeria ketika penduduk tonton Piala Dunia

 * TOMPOKAN darah kelihatan di jalanan selepas serangan bom berani mati di Damaturu, Nigeria kelmarin.
DAMATURU, Nigeria, RABU 18 Jun, 2014: Seramai 14 orang terbunuh dan 26 lagi cedera selepas seorang pengebom berani mati meletupkan lokasi tempat orang ramai menonton siaran langsung perlawanan bola sepak di timur laut Nigeria kelmarin.

Beberapa saksi menyatakan, sebuah motosikal beroda tiga yang dijadikan teksi dipandu pengebom berani mati tersebut di Damaturu, ibu kota negeri Yobe selepas perlawanan antara Brazil dengan Mexico berlangsung.

Pada perlawanan itu, Mexico dan Brazil seri 0-0.

Beberapa saksi berkata, bom tersebut disembunyikan di dalam motosikal yang dijadikan teksi itu.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.

Namun, kumpulan bersenjata Islam yang dikenali sebagai Boko Haram mahu menjadikan Nigeria sebuah negara Islam.

Menurut seorang pegawai polis, Nathan Cheghan, anggota-anggota polis amat berhati-hati ketika berada di lokasi kejadian bagi mengelak berlaku letupan kedua. - Agensi/KOSMO! 

No comments:

Post a Comment