My Add

Wednesday 18 June 2014

Sembilan terbunuh dalam nahas bas di Jawa Barat
 
JAKARTA, RABU 18 Se Jun, 2014:mbilan orang, kebanyakannya remaja terbunuh manakala 12 lagi cedera selepas bas yang membawa sekumpulan pelajar yang dalam lawatan sambil belajar merempuh sebuah van mini di Subang, Jawa Barat, pada Selasa.

"Nahas antara bas dan van mini berlaku kerana pemandu bas tidak dapat mengawal stereng kenderaan,” ketua bahagian trafik Kepolisian Nasional, Pudji Hartanto dipetik sebagai berkata oleh Jakarta Globe pada Rabu.

Bas itu dilaporkan membawa 54 pelajar sekolah tinggi Al-Huda di Cengkareng, Jakarta Barat, yang dalam perjalanan pulang selepas melawat Muzium Geologi di Bandung.

Jurucakap polis Jawa Barat, Martinus Sitompul berkata jalan, tempat berlaku kemalangan, adalah curam dan licin dan selepas merempuh van mini yang datang dari arah bertentangan, bas itu berpusing dan melanggar ladang teh.

Polis mengenal pasti pemandu bas itu sebagai Dasril Asmara, 64 tahun.

Sembilan orang termasuk Dasril diisytiharkan terbunuh sementara sekurang-kurangnya 12 orang lagi pelajar cedera parah dan empat yang lain cedera ringan. - Bernama

No comments:

Post a Comment