My Add

Thursday 19 June 2014

4 komander tertinggi Iraq dipecat

 * ANGGOTA pasukan keselamatanIraq menahan seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan ISIL di pinggir Kirkuk, kelmarin. - REUTERS
BAGHDAD, RABU 18 Jun, 2014: Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki, hari ini memecat empat komander tertinggi pasukan keselamatan negara ini atas kesalahan mengabaikan tugas sebagai tentera, seminggu selepas bandar Mosul yang terletak di barat laut Iraq jatuh ke tangan pemberontak daripada kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Tindakan tegas itu diambil ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran krisis kebangkitan kumpulan militan di Iraq berisiko memecah belahkan negara ini.

Wakil PBB ke Baghdad, Nickolay Mladenov berkata, Iraq berdepan ancaman terbesar yang boleh menggugat kedaulatan negara ini ekoran penguasaan militan ISIL di wilayah Diyala dan mereka semakin menghampiri ibu negara.

"Bukan sahaja Iraq yang terancam akibat serangan militan tetapi seluruh rantau ini berdepan bahaya yang sama," katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, militan ISIL melancarkan serangan ke atas kilang minyak terbesar negara ini yang terletak di Beiji kira-kira 250 kilometer di utara Baghdad.

Sementara itu, lebih 21 orang maut dalam pertempuran di seluruh negara dengan kematian paling ramai dicatat di bandar Samara apabila 18 mayat anggota polis ditemukan dengan kesan tembakan di dada dan kepala dipercayai dilakukan oleh ISIL.

Pemimpin politik berfahaman Syiah dan Sunnah menyeru agar perpaduan negara dipulihkan selepas satu pertemuan tertutup diadakan buat kali pertama sejak keganasan tercetus di negara ini.

Nouri yang berfahaman Syiah, dan ulama berfahaman Sunnah, Usama al-Nujaifi yang juga bekas Speaker Parlimen, merupakan antara pemimpin yang hadir dalam pertemuan tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Ibrahim al-Jafaari turut menggesa rak-

yat mempertahankan negara dan melindungi integriti serta kedaulatan negara ini.

"Tiada kumpulan pengganas yang mewakili mana-mana fahaman atau agama.

"Rakyat perlu mengelak daripada berdendam sesama sendiri disebabkan perbezaan mazhab dan bersatu menentang kumpulan asing mengangkat senjata di negara ini," kata Ibrahim ketika menyampaikan ucapan selepas pertemuan itu. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment