My Add

Wednesday, 4 June 2014

22 warga Filipina didakwa guna kad pengenalan palsu

LUMUT, RABU 04 Jun, 2014: Sebanyak 22 lelaki warga Filipina berbangsa Suluk dari Zamboanga dan Basilan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini atas dakwaan menggunakan kad pengenalan palsu dan milik orang lain, hujung bulan lalu.

Kesemua pekerja Sapura-Kencana Petroleum Berhad dalam lingkungan 21 hingga 51 tahun itu mengaku bersalah setelah memahami pertuduhan yang dibacakan kepada mereka dalam bahasa kebangsaan.

Seramai 18 daripada tertuduh didakwa menggunakan kad pengenalan palsu sementara empat lagi menggunakan kad pengenalan orang lain. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment