My Add

Tuesday 10 June 2014

3 draf awal Akta Keharmonian belum ke Kabinet - Nancy

KUALA LUMPUR, SELASA 10 Jun, 2014: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengesahkan beliau telamenerima tiga draf awal berkaitan Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun katanya, draf terbabit yang diterima daripada Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC) belum dibawa ke Kabinet kerana perlu diperhalusi bagi memastikan tiada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya sudah terima tiga draf bill (rang undang-undang), tetapi penerimaan itu tak semestinya bermaksud kerajaan terus terima. Hanya kerana mereka menyerahkan kepada saya, tidak bermakna Kabinet sudah bersetuju," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurut Nancy, pelaksanaan undang-undang baharu itu akan mengambil masa selain turut memberi jaminan undang-undang tersebut tidak akan membelakangkan hak raja-raja Melayu dan elemen-elemen lain dalam Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, beliau berkata, Akta Hasutan 1948 masih sah selagi tidak ada akta baharu menggantikannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment