My Add

Tuesday 3 June 2014

360 polis Sabah dikenakan tindakan tatatertib sejak 2010
KOTA KINABALU, SELASA 03 Jun, 2014: Seramai 360 pegawai dan anggota polis di Sabah dikenakan tindakan tatatertib termasuk buang kerja kerana melakukan pelbagai kesalahan sejak 2010 hingga Februari 2014.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, daripada jumlah itu, seramai 53 orang adalah pegawai dan bakinya anggota lain-lain pangkat.

Mereka adalah 1.1 peratus daripada keseluruhan anggota polis di Sabah selain 0.1 peratus lagi pegawai dan anggota turut dikesan terlibat dengan rasuah.

"Tindakan tatatertib ini dikenakan berdasarkan Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Tolak Rasuah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment