My Add

Tuesday 3 June 2014

UMNO hantar surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana Sofya

KUALA LUMPUR, SELASA 03 Jun, 2014: UMNO menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat hari ini kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Yammy perlu menjawab surat tunjuk sebab itu dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan UMNO.

“Jika tiada jawapan, terpulang kepada parti sebab tugas saya telah selesai dan saya hanya menjalankan tugas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Guru anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu tindakan diambil terhadap Yammy yang didakwa telah berkempen untuk Dyana Sofya.

Yammy sebelum ini dilaporkan berkata beliau berharap kekal bersama UMNO dan terpulang kepada parti itu untuk menentukan kedudukannya.

Pada PRK Teluk Intan Sabtu lalu, Dyana Sofya, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, 53. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment