My Add

Tuesday 3 June 2014

Peserta Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014 selamat pulang

SEPANG,, SELASA 03 Jun, 2014: Meskipun menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan selama 27 hari, akhirnya peserta Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) yang menyertai ekspedisi merentasi Greenland, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini hari ini.

Rombongan ekspedisi yang disertai lapan orang termasuk seorang wanita itu tiba kira-kira pukul 7.30 pagi dan disambut dengan laungan 'Malaysia Boleh' oleh anggota keluarga dan sahabat handai.

Menurut Ketua Ekspedisi Yanizam Mohamad Supiah antara, cabaran yang paling getir ialah terpaksa menempuh cuaca sejuk sangat ekstrem mencecah -35 darjah celsius.

"Alhamdulillah kami berjaya menamatkan ekspedisi lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan iaitu 35 hari," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment